.....PertanYAan KHAs UNtUk CINta......

Posted on Tuesday, February 22, 2011

Nuffnang Ads

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

RahSia MgenaL WAniTa Dari Cara BerJAlan.........

Posted on Tuesday, February 22, 2011

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

InGin MenGetaHui teNtang waNita???????????????????????

Posted on Tuesday, February 22, 2011

Nuffnang Ads

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian
.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan
.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna
.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

kahkahkah....-CerITa LAwak..-BAcalAh...kalAu TiDAk Kau Akan MYeSaL

Posted on Monday, February 21, 2011

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...hehehehhe...(^_^)



 

jganlah bersedih wahai putrie cahaya.......sesungguhnya Allah s.w.t maha mengetahui...(^_^)

Posted on Saturday, February 19, 2011

BILA AKU JATUH HATI...

☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
✿.a.:* *.:a.✿˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙✿.a.:* *.:a.✿
•*¨*•.¸¸❤❤❤❤❤❤❤❤»-(¯'v'¯)-»❤❤❤❤❤❤❤❤¸¸.•*¨*•
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurgaMU...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMU...

Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU...

Ya Allah , Engkau mengetahui
bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMU,
telah berjumpa dalam taat padaMU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
dan telah terpadu dalam membela syariatMU,
penuhilah hati hati ini dengan Nur'MU yang tiada pudar...

lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan
Amiinnn.... Amiinnn....

Pengorbanan yang Terindah (^_^)

Posted on Friday, February 18, 2011




Today.. Someone ask me..

Sanggup ke ko berkorban untuk seseorang??

Yup aku sanggup berkorban untuk sahabat.. Bagi aku pengorbanan untuk seorang sahabat adalah pengorbanan yg paling indah (^_^)

Ko sanggup korbankan apa2 je termasuk nyawa ko??

Yup apa2 jer trmasuk nyawa aku.. aku juz xnak tengok org sedih. Biarlah aku sedih,aku marah,aku sakit ati aku akan simpan sumer prasaan 2 n aku akan senyum (^_^)

Ko ni Gila r Manbai.. Kalo aku lbh baik aku uruskan diri aku jer, xyah sibuk pasal masaalah org len..

Tak.. Ko salah.. Sbnarnya pengorbanan nilah asas kepada cinta dan kasih sayang. Ko lupa ke kisah Sahabat yg sanggup Buat apa2 je untuk sahabat dy. Sahabat ni sanggup mati untuk mempertahankan sahabat yg lain.

Mengarut r ko, mane ad citer mcm 2. Cite katun ada r g2. Sanggup berkorban untuk sahabat hehe Tipu la ko ni.

(^_^) Bukan.. Ni kisah Benar.. Bagaimana Abu Bakar berkorban untuk Sahabatnya yg tercinta Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar sanggup menahan tangisan kesakitan akibat dipatuk ular semata2 untuk tidak membangunkan Sahabatnya Nabi Muhammad SAW.Talhah menjadikn Tubuhnya perisai untuk Sahabatnya Nabi Muhammad SAW. Itulah buktinya Pengorbanan yang paling indah adalah berkorban untuk sahabat.

Ermmm...

Tanpa pengorbanan maka cinta tidak akan pernah wujud.. Dalam Dunia ni Tak de masa untuk kita bahagia, xde masa untuk kita bergembira, xde masa untuk kita fikirkan diri kita.. Dunia ni tempat untuk kita berkorban dan mengumpulkan sebanyak2nya pahala untuk menghadap Allah SWT. Masa untuk kita bergembira dan berbahagia adalah Di dalam Syurga yg kekal Abadi.

“Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat” (^_^)

Percayalah Wahai Sahabatku.. Bila kita menggembirakan orang lain maka pasti dan pasti Allah akan menggembirakan kita dengan cara yg langsung kita xsangka.

~~NOtA CinTaa~~~~

Posted on Friday, February 18, 2011

Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,,..:)

kita punya pilihan..antara cinta hakiki atau cinta fantasi..?????

Posted on Friday, February 18, 2011

Posted on Friday, February 18, 2011

~~~~....10 SIFAT CALON SUAMI YG BAEK....~~~~

Posted on Friday, January 28, 2011



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Dosa & Balasan Meninggalkan SOLAT 5 waktu !!

Posted on Friday, January 28, 2011

SUBUH :: skali mningglknnyer dimasukkn ke NERAKA SELAMA 30 TAHUN di AKHIRAT (bersamaan 60,000 thun di DUNIA )

ZUHUR :: skalii mningglknnyer ...dosanya sme sperti MEMBUNUH 1,000 umt islam..

ASAR :: skali mningglknnyer..dosanya sme sperti MERUNTUH BAITULLAH (Kaabah  di Masjidil Haram,Mekah)

MAGHRIB :: skali mningglknnyer...dosanya sme sperti BE...RZINA dgn IBU sndiri

ISYAK :: skali mningglknnyer ...ALLAH x redha org itu tggl di bumi & b'bumbungkn langit serta mkn n minum dari nikmat-Nya...

Kasihku Tetap Abadi

Posted on Thursday, January 27, 2011

Kau pertama yang aku cintai
Juga yang aku sayangi
Kasih ini tak mungkin berubah
Hanya untukmu saja

Walau kini kita tak bersama
Namun kau masih kucinta
Kasih ini tak mungkin pudar
Tetap kan bersatu selamanya

Tak mungkin akan hilang dari ingatan
Dikaulah satu-satunya
Kasihku ini tetap abadi
Hingga ke akhir hayat
Kasih tetap suci dan abadi

Kasih bersatu kekal abadi
Kau tetap dalam hati
Tiada dua dihati ini
Hanya kau saja

Biarpun kini dikau tiada
Namun tiada pengganti
Kasihku terhadapmu
Tak akan punah

Kasihku tetap abadi
Hingga ke akhirnya
Selamanya...